Tuesday, November 30, 2010

CSC dan Sir Taufik di kejauhan

29 Nov
11.38 pm

bosan malam ni. minda terkenang sir taufik.
sedikit masa lalu, sir pernah curah ilmu. sekejap.
tiba-tiba, sir pergi. tukar kerja. aku sedih. sungguh.
kawan-kawan lain semua ketawa kalau aku cakap aku sedih.
hey, dia kan sir kita, pernah ajar kita.
pernah bagi markah lebih kat kita.
tak pernah marah kita.
kita gelak-gelakkan dia, dia gelak sama.
entri ini ditulis, bukan untuk membodek,
jauh sekali mengampu.
cuma, ingin berkongsi rasa kenapa sebenarnya
sir pergi..
pergi tukar secara tiba-tiba.
.....................................................................................................
A H : Assalamualaikum sir taufik. apa khabar?
saya student sir kat unikop dulu, kelas OM 3A.
hope sir baik-baik je kat sana. kitorg kat sini dah abis exam.
paper CSC pun ok je :)

S T : Waalaikumsalam..Alhamdulillah sihat.. CSC dapat A tak? 
Nama siapa ea? nanti sir save no kamu

A H : Siti Fatimah Azzahrah bt Haris. Siti je sir. hehe
hmm CSC sekarang susah sikit nak dapat A, sir.
sejak madam baru ganti. tapi final haritu ok la.
kitorg tengan tunggu result.

S T : Siti Fatimah yang tinggi-tinggi tu ea.. sir ingat lagi..
student yang lain ok tak? takpe doa tawakal je ea..
OM 3 A semua pandai-pandai kan.
kirim salam kat semua k.. 
sir rindu kamu semua..

A H : Sir ingat lagi? hehe. yang lain ok.
kitorg pun tak lupa kat sir. walaupun
diorang gelak-gelak time sir ajar dulu,
tapi saya focus tau sir. sebab tu saya dapat
jawab CSC hari tu. hehe

S T : Sir tau korang focus korang kan best student sir
hehe. Jawa macam mana? dia boleh jawab?
Ayu boleh jawab? Ayu yang selalu tanya kalau
ada kuiz tu..
  
A H : Haha bagus betul sir ingat si Jawa tu ye. dia 
macam tu je la perangai nya. Ayu pulak kalau sir
nak tau, pendiam sebenarnya. so kitorg 
tak tau sangat update pasal dia..

S T : Jawa tu aktif dalam kelas sir ingat.. haha..
semua sir ingat lagi.. sorry tinggalakan korang di 
pertengahan semester.. Sir terpaksa..sir kena 
cari gaji lebih sikit..sir kena tanggung adik sir
yang masih belajar kat uitm.

A H : oh yeke.. takpela. tu la kitorg pelik sebab
sir jar sekejap sangat. agak sedih jugak saya tau sir.
hehe. betul. tapi sir kat sana ok tak?

S T : Sir kat sini busy sikit.. ok je.. Sir kat
KPTM Alor Star..

A H : Oh ok la kalau macam tu. hmm ok la
sir nanti kalau ada apa-apa saya update sir.
selamat malam :)
..............................................................................
ini realiti dunia. kadang-kadang, kita nampak
luaran seseorang itu tanpa mengenalnya 
dengan lebih dalam, yang mana dalam hatinya
tersimpan kisah yang mungkin suka, mungkin juga duka.
renungkan.

Wednesday, November 24, 2010

Johnny Depp Malaysia @ mamak

"hye adi! boleh ambik gambar? sorry kacau. heheh."
(ayat cliche bila jumpa celebs)
"eh, boleh2."
"thank you ye. sorry la kacau tgh makan. mana chinta chanduri?"
"ouh. dia belum sampai. sesat jalan kot. hehe."

nota: En. Haris di belakang

Thursday, November 18, 2010

orang sibuk korban lembu. tapi kau..

tak pelik. memang norma biasa tatkala
aidiladha. tapi,
yang ini agak menggelabah sikit.
orang lain berjemaah dok struggle
melapah, menyembelih, yang dok
mengejar-ngejar kambing pun ada.
kau? struggle menspoil kn kereta
orang. jap2, yg tulis ni pun 
dua kali lapan je!
KAU ADO?

Thursday, November 11, 2010

SARAH STRAIGHT A'S! CONGRATULATIONS!

selama enam tahun titianmu di tangga ilmu
nyata membuahkan hasil, bersama titik-titik
keringat yang kau jatuhkan dalam
menempuh segala lorong-lorong jaya.
bersyukur ke hadrat ilahi atas doa dan restu
ibu dan abah, serta sokongan padu 
dari kakak-kakak dan 
abang-abang sedarah mu, juga tidak lupa
mama yang sentiasa mendoakanmu
dari kejauhan.
apa pun jua yang akan kau lalu
selepas ini sarah, ingatlah
kami semua di sini sentiasa
menjadi tulang belakangmu.
saat kau jatuh, gapai lah tangan kami.
we <3 you sarah



Thursday, November 4, 2010

meniti senja

dia moyang.  hidup bersendirian meniti usia. 
tatkala anak cucu di kejauhan, dia keseorangan
membuai rasa, mengulit rindu.
bukan tiada yang datang berkunjung,
bukan tiada yang mahu bertandang
tetapi rumah itu selalu penuh pada
fitri. pada adha. peningkatan setiap 
angka pada dirinya setiap tahun,
kadangkala membuatkan dia lupa,
waima lupa namaku.
ah, bisa saja aku juga menjadi
sedemikian rupa pabila senja 
menjengahku kelak. bagaimanapun juga,
aku tidak pernah lupa dia.