Sunday, August 26, 2012

Harapan 22 si pemuisi jalanan

aku kini pemegang angka 22 yang sudah layak memilih tampuk kerajaan.
di peringkat ini, yang berlegar di kotak fikir aku cuma..
rumahtangga.
oh tidak tidak. sekadar bercanda. bukan cuma itu.
sekadar ianya adalah salah satu daripada senarai wajib-laku-kehidupan.
salah satu penyebab aku sering dilempar 'gatal sangat dah kau ni?' adalah
kerana hentakan suasana dari kiri kanan.
masakan tidak, hampir separuh dari lingkungan teman bangku sekolah-dan-IPT
yang kini sudah, sedang, dan bakal membina masjid.
tidak kurang, ada yang sudah-atau-sedang enak mencurah kasih selaku
ibu bapa kepada permata hati si cahaya mata.
baik, aku mengerti amat bahwa aku belum cukup ilmu kematangan hidup
mahupun rumahtangga, memandangkan dengan '22' itu,
untuk memiliki tempat berteduh sendiri apalagi kenderaan juga aku belum mampu.
namun luahan lubuk hati yang kalian namakan 'gatal dah dia ni' adalah
sekadar perkongsian cerita suka-suka-antara-kita
dalam masa sama harapan-masa-hadapan aku.
di kesempatan ini, dengan senang hati ingin aku ucap selamat
untuk dua orang rakan, Linda dan Merah yang masing-masing telah
memiliki Imam. Alhamdulillah. Moga kalian berbahagia dengan barakahnya
hingga Jannah. Aamiin.


Monday, August 20, 2012

perihal Raya DAHULU

............
sepuluh tahun dulu,
itu mungkin sekitar sekolah rendah, darjah tiga darjah empat.
bulan puasa dengan raya mesti sekitar bulan sebelas bulan duabelas.
syok.
sebab terus cuti sekolah.
             kampung dekat.
             Negeri Sembilan.
             dua-dua belah atuk nenek duduk Kolumpo.
             sebab tu tiap kali Raya seluruh saudara mara berkumpul rumah atuk dulu.
             ya, arwah atuk :'(
...............
pagi 1 syawal semalam sangat bercahaya.
cuaca begitu gemilang
seluruh alam turut meraikan hari kemenangan umat Islam.
hati aku memang bagai bunga api.
gembira berserta sebak.
masjid penuh. penuh cahaya kemaafan. titisan-titisan air mata keinsafan 
bertakung di tubir mata para jemaah.
aku lihat semua itu bersama nostalgia Raya-raya dahulu yang masih aku lipat di dalam hati.
.............
            selepas rutin tradisi Raya usai semalamnya, bermaafan sesama
            seluruh anggota keluarga aku,
            berserta klik-klik gambar memori, sorok-sorok
            kira duit raya lepas dapat sampul, dan sewaktu dengannya
            kami ke pusara seorang lagi 'pahlawan'
            pahlawan kepada ayahanda aku,
            ATUK
masih. masih cantik. masih sayu. masih terjaga. masih aman. masih.....
masih aku terkenang. rupa-rupanya inilah kekosongan 
yang cuba-aku-fikir-fikirkan apakah.
kenapa perihal raya tahun ini berlainan? 
kenapa tiada suara kami seluruh legasi atuk menggamatkan suasana?
bergurau usik mengusik sesama sepupu, saling memuji baju masing-masing, 
saling berbisik tentang cerita-cerita rahsia-antara-remaja,
emaksedara-bapaksedara cerita-cerita nostalgia mereka, tentang semasa.
           oh. cepat aku tersedar.
           perihal tahun ini lain.
           atuk sudah pergi.
           pergi dahulu. dengan senyum.
           :')
          
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN