Sunday, December 27, 2009

selamat tinggal S R


 
 
sepurnama bersama kalian adalah momen yang sangat bermakna.
tolak ketepi sebentar segala makin hamun, lelah penat, salah faham dan tegang urat.
pentingnya adalah tika tangan- tangan kita yang bergandingan
tatkala melayan customer demi mencari ringgit. 
segala pengalaman yang ku kutip, tak mungkin ku lupa walau sedetik.
buat kalian, kekalkan hati kalian yang seteguh karang
perjalanan kita masih jauh.
ika, semoga maju jaya di poly
aini, semoga dapat kau temu sinar baru di starbucks.
kak liza, aku tau kau wanita hebat, kuat.
ezan, abang terbaik. kekalkan cool itu.
khalis, manfaatkan segulung ijazahmu satu hari nanti, insyaallah.
amin.

Monday, December 21, 2009

kerana PC


kerana PC,
adek beradek boleh berkelahi.
sorang nak on MS, sorang nak on FB
kerana PC,
anak ngan omak boleh bertekak.
orang suruh lipat baju, dia pegi online pulak.
kerana PC,
satu benda pun tak jalan.
suruh makan tamau makan,
tapi on berjam2 boleh pulak kan.
kerana PC,
hati yang tenang boleh jadi gundah.
baru dapat kawan kat FB
bila dia tak on dah resah gelisah.

kerana PC..
lu pikirlah sendiri!

Sunday, December 13, 2009

perit jerih mencari ringgit


untuk anak-anak, berfikirlah sejenak betapa banyaknya onak dan duri yang ditempuh orang tua kita untuk mencari rezeki  demi sesuap nasi. bekerja adalah satu ibadah. tidak kira apa pun kerjaannya, halal adalah penting. tiada yang senang untuk mencari ringgit. cubalah letakkan diri kita di tempat mereka. bagi yang sudah mampu bekerja sambilan, cubalah bekerja dan hayatilah setiap pekerjaan itu, bukan mudah sebenarnya. bagi nelayan, risiko gelombang dan ombak di lautan. bagi polis, risiko menghadapi tembakan penjenayah, bagi guru, kepayahan mendidik anak bangsa sangat mencabar. bagi seorang pelayan restoran seperti saya, caci maki hamun pelanggan haruslah diterima. "customer always right" walaupun bagi saya ia bukanlah seratus persen benar, tapi itulah hakikatnya. sekarang, saya lebih menghargai setiap sen yang dihulurkan oleh abah saya. wallahualam

Saturday, December 12, 2009

happy birthday adik!


ini adalah rakan baik saya merangkap adik saya sendiri. beliau teman "cik kiah" saya. kami suka bergosip bersama dan memokak mokak bersama. hari ini adalah hari jadi beliau. 13 tahun suda..abaikan rupa saya dalam pic tersebut kerana sebenarnya saya CHANTEK..hehe sukati saya ye nak cakap apa.. hurm dek, i wish u merry christmas ah. cuz kau dah tau an ramai yg mseti wish happy birtday punya.. maintain hotak kau yg geliga tuh.. up kau  5 A, pmr ngn spm kasi gempak gak..mari masuk menara gading cam aku.. yowww!

Thursday, December 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY BABAH! 9/12


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun kepada en haris aka babah yang jatuh pada semalam. ini merupakan ulngtahun beliau yang ke 44 tahun. semoga sukses selalu bah, semoga panjang umur, dilebihkan rezeki, dan sejahteralah selalu hendaknya. babah saya seorang yang sangat pemurah, tabah, kuat semangat, kuat bekerja, penyayang dan penyabar. semoga berjaya bah!

Friday, December 4, 2009

HOMEMADE PIZZA by mama


pic ini telah diambil oleh babah yang beria nak suruh masukkan pic ni. mama telah berjaya membuat pizza sehebat pizza hut walaupun hanya dalam loyang. adik saya aka abang telah membedal sehingga loya. faiz pula tidak kurang hebatnya. adik ala ala control dan tidak makan banyak. babah pula balik kerja terus sambar loyang tersebut. mama bising-bising. saya hanya menjamah sedikit. apa pendapat anda tentang pizza tersebut?

HAPPY BIRTHDAY FAIZ HAIKAL!


 
3 december 2009
beberapa hari sebelumnya faiz tanpa
segan silu telah menghitung hari dan
tarikh berkenaan.
dan dengan confidentnya,
beliau target hadiah yang banyak.
jadilah, KFC dengan kek kn.
motif??topi pakai malam2.
hahah. may god bless u faiz!

Friday, November 27, 2009

Siapa lebih popular?

jawapan 1: siti nurhaliza
SALAH!
jawapan sebenar: ben-10

jawapan 2: mawi
SALAH!
jawapan sebenar: upin dan ipin

jawapan 3: faizal tahir
SALAH!
jawapan sebenar: spongebob

jawapan 4: anuar zain
SALAH!
jawapan sebenar: wonderpets *apa yg penting? kerjasama!*

Thursday, November 12, 2009

KLISE dalam drama swasta

situasi: lelaki nampak wanita terjatuh
dialog: "eh,awak tak apa-apa?"
komentar: ngok! kau dah nampak beliau jatuh kan?

situasi: sepasang kekasih membuat temujanji di restoran,malangnya si dara yang tiba dahulu
dialog: (si teruna) "dah lama awak sampai?"
komentar: yang kau nampak tengah duduk tu sapa?beruang kutub selatan?mestilah dah lama.

situasi: sekumpulan pengakap tersesat di dalam hutan
dialog: "eh,kita dah jauh dengan kumpulan2 yang lain nih.aku rasa,kita sesat nih!alamak..."
komentar: bijak!dah tau kau ta nampak kumpulan lain,dh confirm2 lah sesat,mencikkkk.

Saturday, November 7, 2009

musibah.pahit kini,manis di kemudian hari.

sesuatu yang terjadi tak mungkin sia-sia.  
Yang maha esa telah menetapkan segala sesuatu 
terselit hikmahnya sama ada kita ketahui 
secara langsung mahupun tidak langsung.
dikeluh jangan, harusnya kita bersyukur. 
musibah dan ujian adalah penyuci dosa. 
Lazimnya manusia hanya lalai dalam lautan dunia dan 
melupakan akhirat yang abadi. Hidup umpama roda.
sekejap kita di atas, sekejap pula di bawah.  
Dunia ini hanya pinjaman. KepadaNYA juga kita akan kembali.

Friday, November 6, 2009

permata hati




anak ibarat kain putih. orang tualah yang mencorakkannya. ibarat kuih yang mengikut acuan. kasih ibu tiada akhirnya. kasih ayah membawa ke syurga. adik beradik, bagai air dicincang tidak akan putus. tika tiba detiknya masing-masing berpisah, saat itu hati akan teringat. minda akan berputar. persis putaran filem. segala kenangan manis mahupun pahit, berlegar-legar di ingatan. alangkah manisnya. saat yang bahagia, lazimnya sekejap saja. kasih sayang sesama saudara membawa keharmonian. selagi hayat masih ada, hargailah insan tersayang.

alhamdulillah..



haa
ambik kau.nak kena bersuruh baru nak buat!
jadilah..jantan2 pun bleh buat keja.hiraukan
pelakon tambahan
yang seksi "berseluar" ijau tu yea.
yeahhhh

selamat jalan tok uda..















atok uda saya aka alias ahmad kini dengan selamat sejahteranya menunaikan haji di makkah almukarramah
"bulan haji..telah tiba lagi..menunaikan ibadah.."
td atuk saya yg kini berada di rumah BAPAK saya(rumah saya juga) telah mendapat panggilan telefon dari tok uda.beliau sgt happy dan teruja.

Thursday, November 5, 2009

percubaan pertama




















bermula dari bawah..
akhirnya..
saya juga punya blog!