Monday, December 12, 2011

atuk. (4/9/1939 - 6/12/2011)

memang. sudah agak lama atuk terlantar. kondisinya turun naik.
tapi, yang satu hari itu, nafasnya tidak rata.
tangannya bengkak. mukanya memerah. sungguh, penuh garis perit pada wajah itu.

Selasa, 6/12/11
suram. muram. kelam.
mendung kelabu. seolah2 alam turut bermuram.
aku masih ingat pada wajah tenang itu.
wajah yang dulu, pernah aku jenguk pada saat dia terlantar.
wajah yang dulu, pernah aku lihat cuma pandang ke atas ke bawah.
wajah yang dulu, pernah aku tampak ada titis-titis jernih yang aku hapus.

tangan.
tangan yang beberapa ketika sebelum itu kaku.
merah. bengkak. layu.
tangan yang dulunya menyapu ubun-ubun aku kala aku sakit.
tangan yang dulu menadah ke langit mohon aku cepat sembuh.
tangan yang dulu hulur aku beberapa not berwarna merah, hijau tanda hadiah.

tiada lagi sosok tubuh yang lazim aku lihat setia di buaian membuai Hadi.
tiada lagi sosok tubuh yang lazim aku lihat duduk di sudut, menelaah kitabnya.
tiada lagi sosok tubuh yang lazim aku lihat menghirup secawan teh-mug-besar kesukaannya.
tiada lagi..
tiada lagi tangan kasar yang dapat aku kucup.
di tangan kasar itu, atuk meraup mudanya, dan menggenggam tuanya.

Langit Ke Tujuh
Pohon aku hendaknya Yang Maha Esa
merahmati atuk, menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman
amin.

Al - Fatihah

Thursday, November 10, 2011

bab ke-21

masih di sini.
termangu-mangu.
kadang-kadang.
apa aku tidak betah sendiri?
ah..
bisa..
boleh..
pasti..
semusim rindu, gelora jiwa, yang terkadang jenguk,
apa salahnya?
salah?
tidak..
benar tidak salah?
ya..
cerita aku masih lagi ditulis
bab terakhir masih jauh..
jangan kerana yang satu ini,
difikir-fikir, ditilik, tilik, ditenung-tenung,
hasilnya apa?
belum tahu.
tanda soal masih lagi di hujung
ini bab aku yang ke-21
apa pengakhirannya pada bab ke-22? 23? 24?
peran heroinnya sudah tentu aku
peran heronya?
Yang Di Atas sudah tulis,
namun suratnya masih belum dipos ke aku
saat pandangan aku lontar ke luar,
segala-gala tampak berdua-dua, berpasang-pasang.
waima kucing, ada si jantannya
aku?
masih 'janda'
'janda berhias', aku bercanda di dalam hati
tak mengapa,
pena akan terus aku heret
hingga bab seterusnya.

Saturday, May 28, 2011

8 belas

Ganjaran.
untuk kau, dari Yang Atas.
22/5 yang lumayan.
22/5 ini, kau mengulang tahun.
22/5 ini, 'anniversary' abah & mama kau hadiahkan.
jejak kau tuju menara.
menara gading.
jejak yang baru kau tapakkan satu-satu
satu-satu itu yang akan membawa
kepada segulung anugerah
gulungan yang nantinya akan kau lakar
sebagai manis.
panjang.
jauh.
juta lagi batu akan kau tempuh. rempuh.
doa diiring.
semangat dititip.
selebihnya tergantung ke kau.
semoga berjaya!

Friday, April 22, 2011

jangan TAU CAKAP

pung pang pung pang
itu KAU
lucunya, di depan kau tikus
berpaling, lebih mandat kau dari gajah
yang sakit itu kau tengok. kau lihat.
ya, simpati kau memang ada.
tapi
CUKUP KAH?
MEMADAI KAH?
tiba saat tuding menuding kau HANDAL
sampai lupa pada siapa jari kau tuding.
jangan kau fikir dengan ber ASET besar
yang kau punya, kau KAYA
lihat semula dalam hati kau.
mana segala nurani, prihatin, kasih sayang?
yang sakit itu bukan orang lain.
kasihan, tika yang sakit itu mengadu,
ada tangan yang menghulur
tangan itu prihatin
tapi
MENGAPA TANGAN ITU YANG DIPERSALAH?
TANGAN ITU YANG DIKUTUK?
TANGAN ITU YANG DICACI?
kata kau, "sakit itu, makanlah ubat ini, makanlah ubat itu"
tahukah kau yang sakit itu TIDAK SAMA?
mana kau? ADA KAU MENGHULUR PERTOLONGAN?
fikirlah, sungguhpun cebisan-teguran-lantang ini
datangnya dari aku yang setahun jagung.
mahu kata kau YANG LEBIH TUA?
tuakan pemikiran kau dulu!

Monday, March 21, 2011

JERIH

biasa. aku tau itu. semua rasa jua. 
tapi yang bernama aku, dasar dan batiniahnya
tertulis PEREMPUAN. dayangnya adalah air mata.
ia tidak pula aku sorok. tak termampu.
aku bilang pada hati ia bukan jenayah.
tak mengapa. kesat. kesat ia.
3 purnama ini, utk menuju yang ke 20,
24 tangan itu aku paut.
pernah terkadang paut itu longgar.
empat kerat aku kerah, ketat kembali.
syukur. pada yang ke 20 itu, jalannya licin,
tidak banyak duri sepertimana 3 purnama lalu.
celiklah mata aku kini, kerja itu
perit. JERIH. payah.
tapi manisnya, bila semua
 BERSATU.
tuju puncak sama.
pada semua, juta maaf aku pohon
andai lantang-lontar-suara aku
bikin calar jendela hati kalian.
alhamdulillah, kini semuanya 
TUNTAS

Friday, February 25, 2011

kejutan: mereka dan EKSPRESI
















SYUKUR

Tiap titis keringat kita jatuh
seiring minda TEGUH
hati KUKUH
tekad BULAT
pegangan KUAT

tangga kejutan itu dapat 
kita jejak
ke puncak
bersama tali.
TALI USAHA

Sunday, February 20, 2011

MANIS

"baru, tak kenal, tak nak, tak biasa.."
BUKAN.
bukan aku itu.
Yang Di Atas telah cipta pelbagai warna
dalam lubuk hati hambanya yang mana warna-warna
itu yang pada dasarnya dianggap beza
akhirnya pabila diamati seluruh warna itu
tuntasnya menjadi satu.
SATU HATI.
hati yang satu itu membawa kepada
kita, yang-aku-rujuk-pada-kalian
yang baru aku hulur salam suai-kenal.
aku jumpa warna pada kalian.
warna MANIS.
gerak kerja ini memandu kita ke lorong
kenalan. kenalan BARU.
pada kalian aku timba pengalaman.
titip kenangan.
sandar persahabatan
-terimakasih-

May Allah Bless

Saturday, February 12, 2011

kejutan. kenangan.

sembilan haribulan dua.
dua puluh satu tahun
untuk aku.
dari mereka.
manisnya kek itu.
semanis kenangan yang mereka titip.
buat aku.
aku yang baru mereka kenal.
karna menurut mereka, aku juga sahabat
tanpa mengira baru atau lama
tulusnya jiwa mereka menyambut aku
aku yang mengulang tahun
mana mungkin ku lupa
momen ini,
melenyapkan fobia-tingkat-usia
karna tiap detik itu bagiku
semanis gula,
seperti mereka, gula hatiku
buat kalian, terima kasih daun keladi
sudinya kalian mengingat tarikh aku
sudi lagi aku bertahan bersama kalian
menjalani lorong-lorong
manis tawa, pahit duka
bersama, selamanya
<3


Sunday, February 6, 2011

Selamat Harijadi Abang.05022011

05021990
tanpa sedar,
dua puluh satu tahun
bumi telah kau pijak
ku kutip
ku pinjam
lalu
ku pakai juga
titik-titik semangat
kau,
 untuk aku tampal
tulang-temulangku tika aku
rapuh.
rapuh di sini sendirian
teruskan kentalmu
yang sekeras kerikil
hatimu seteguh karang
redah segala onak
tempuh segala ombak
terima kasih.
semoga dapat kau kecap
sinar jaya
di bawah cahaya Mesir
.....................................................
selamat harijadi

<3
SFAH

Wednesday, January 19, 2011

kasih.untuk.sarah

Sarah, mana pun kamu pergi
pijaklah bumi nyata
tuai semangat
kerah keringat
tanam harapan
kejar jaya
tempat baru? usah diragu
sememangnya kamu punya cikgu,
teman baru,
pengiring kamu?
kami
bersama doa
<3 u sarah
....................................

Friday, January 14, 2011

HADAP

kau dah kenapa?
takut?
stress?
bEngong?
hey hey hey hey!
tu bukan kau, A H!
semangat kau mana?
confident kau?
BERANI kau?
mana semua?
kadang2 mendung berarak tu biasaaaa
alahai.. dah pagi-pagi hening lagi kau dah spoil
HADAP je la
kerja promo function event kau segala-gala tu,
HADAP je la..
focus penting pulakkk!
kau nak A tanak ni?
orang dah titahkan pada kau bukan?
nak tak nak..
HADAP je jugak
nak kira pasal berapa banyak awan mendung
kelabu biru rembesan segala hormon
segala insulin dalam badan 'tegap' kau tu
sampai bila.. balik-balik pusing-pusing
kena HADAP jugak..
tuntasnya di sini,
kau, A H?
please
do
go
.HADAP.