Thursday, April 22, 2010

happy 44th birthday mama! (11/4)

lama dah, 11/4, but baru nak update haha
(mesti pakndak tgh kutuk2 aku skng)
maklumlah, lama dah tak update. di kesempatan ini, sungguhpun 
lambat tetapi lancar sahaja mulut ingin menuturkan selamat
ulangtahun mama! we heart you very muchie  okay,
sungguhpun empat orang antara kami selalu bikin pusing!
tengok tuh..macamana tak pusing? haha. may god bless you mama
n thank you fer everything! jasamu setinggi gunung,
baktimu seluas lautan
dan semestinya kau, tiada galang ganti. 
we love you! <3

Saturday, March 13, 2010

abah saya

ini abah saya. beliau terbaik. beliau terhebat. 
beliau ada empat org anak . 
degil- degil semuanya. selalu buat fiil. tetapi,
walau bagaimana pun kami, kami syg abah kami.
abah kami tiada galang ganti
walaupun abah selalu berhadapan dengan 'batu-batu' besar
yg perlu dirempuh, abah sabar saja.
kerana abah tau, dengan adanya 'tangan-tangan yg
bergandingan', semua aral yang melintang
dapat diatasi. kata abah juga,
musibah itu, kifarah dosa. abah, terima kasih atas semuanya.
walau kini kesihatanmu kurang baik,
dilanda pelbagai ujian,
kami yang lima tidak pernah jauh
we <3 u abah

Tuesday, February 23, 2010

aku BUKAN yuna

 
this is my identity. cukup dengan hanya selendang. 
kerana bagiku, 
pakainya cukup mudah.
dengan hanya lilitan lalu disematkan dengan pin, 
sudah sempurna dan
cantik dipandang mata. hurm.. ya, 
aku punya banyak koleksi selendang

pelbagai warna , motif dan corak. 
aku gemar mengumpulnya. 
sama ada ke kelas di 
kolej, atau keluar bersiar-siar dan bersantai, 
selendang- selendang inilah yang ku pakai. 
tapi.............

yang aku paling tak gemar, dalam laman2 sesawang 
yang aku ikuti, ramai teman-teman yg mengatakan " 
eh, macam yuna la.." ada juga yang mengatakan "klon yuna di mana2". 
semuanya pendek kata yuna, yuna, yuna.
yang sebetulnya, aku terlebih dulu pakai dari yuna, 
sebelum yuna muncul di pentas seni lagi. 
sungguh! jadi, dari itu, tologlah... jangan samakan
kami. kerana, yuna adalah yuna, 
yang punya keistimewaannya tersendiri. 
begitu juga aku, yang mana aku punya kelebihan aku sendiri. okay!

Friday, February 12, 2010

alhamdulillah, MAMA discharged..

mama discharged tadi siang, but still dikuarantin beberapa hari
after her radioactive. praise be to god, semuanya okay

Thursday, February 11, 2010

SEMBILAN februari SEMBILAN belas SEMBILAN puluh SEMBILAN

 
ribuan terima kasih kepada PAKLONG dan PAKTAM yg sudi mengucapkan ucapan ulangtahun kelahiran, selain famili tercinta, ABAH, MAMA, adik beradik dan rakan2 yg tersayang yg sudi memenuhkan ruang inbox telefon bimbitku dan wall FACEBOOK ku dengan ucapan-ucapan harijadi penuh manis. sungguh, aku sangat gembira, walaupun yg aku EXPECT wish, tak wish. TAK KISAH la. RAKAN2 plak yg aku tak expect, ramai wish. macam tula ye, siapa yg sentap terpulang. yg penting, motif pic ini diletak adalah kerana selendang tersebut merupakan hadiah harijadi dari NURUL AIN. thank you babe! cake tade la plak, tp CHICKENCHOP yg abah belanja sudah cukup menggembirakan aku walaupun si bongsu, FAIZ HAIKAL je yg makan lebih2! haha buat SITI SARAH, cake kak iti mana? haha kak iti plak yg nak kena anta kat sarah ye? kay2, nanti tunggu secret recipe kay! haha

Thursday, January 28, 2010

selamat ulangtahun SARAH 2701

 
 
siti sarah hasbullah.
di kesempatan ini kakakmu, siti fatimah azzahrah 
dengan seikhlas hatinya ingin
mengucapkan selamat ulangtahun yang kedua belas. 
harapnya darjah yg keenam ini
membawa seribu satu makna dalam hidup yang kau lalu.
ternyata kau sebagai yang sulung
tentu sekali mahu menunjukkan teladan 
pada adik-adikmu di bawahmu. 
segala kenanganwaktu kita di 'taman' kala 
ibu dan abah jauh beribu batu, takkan aku lupa. jadikan ia
sebagai sandaran kenangan waktu kita di kejauhan.  
ingatlah bahawa kak iti di
sini sentiasa mendokanmu,
<3 SITI SARAH <3

Wednesday, January 13, 2010

back to college. yeay!


sudah masuk minggu kedua saya berada di semester 2/part two di dalam OFFICE MANAGEMENT & TECH di unikop college(associate with UiTM). menyeronokkan! syllabus baru, kelas baru, BAJU baru! wahahah. semester ini kami berpecah! aduh sedihnya, kami tidak lagi ditempatkan di kelas yang sama seperti semester yang lepas. barangkali bergantung kepada pointer masing-masing, mungkin. Alhamdulillah, pointer saya membanggakan, berbanding performance saya ketika di TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK UiTM puncak perdana Shah Alam sedikit masa lalu. sesungguhnya ALLAH maha kaya. syukur!azam dan harapan saya untuk semester ini, saya mahu dapat DEAN LIST! insyaallah!