Ternyata bukan cuma aku. Yang jelasnya satu Malaysia bahkan seluruh dunia juga turut merasakan hal yang sama.
Hari ini. hari ke-lima. Masih. masih sama. masih misteri. masih dengan spekulasi masing-masing. Hakikatnya, seluruh dunia telah sama-sama menghantar aset masing-masing dalam usaha mencari dan menyelamat. Tetap juga penantian berakhir dengan penantian.
Di sudut hati aku yang paling dalam, terdetik mereka masih selamat. Aku melihat dengan mata hati. Cuba berfikir semula, mengapakah masih tiada jejak dan kesan?
Misteri. Masih misteri. Bagaimanapun ia, kita tidak boleh menolak semua kemungkinan. Kecanggihan Sains dan teknologi juga tidak dapat mengatasi misteri alam yang tidak kelihatan atau lebih tepat lagi, misteri Alam Ghaib. Segala-galanya memungkinkan kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Apa pun jua, harapan dan doa tetap diiring, bergandingan bersama usaha yang tidak putus. Semoga Semuanya baik-baik saja. Amin Ya Rabb
semua ini berlaku ada sebabnya...
ReplyDelete