Saturday, July 3, 2010

terima kasih dari faiz haikal

terima kasih kepada semua yang prihatin
datang melawat di wad dan
menghantar sms. semoga keprihatinan 
kalian diberkati Allah.

Friday, June 4, 2010

'hang tuah' 17 (930522)

walaupun sudah telat, namun laju saja papan 
kekunci ini ku tekan mahu mengatakan 
selamat ulangtahun, muhd firdaus haris.  
bertambah lagi satu angka dalam hidup engkau,
bermakna lagi berlipat ganda usaha
yang mesti kau buat untuk meniti
puncak jaya. seiring dengan itu, teruskan menelaah
helaian-helaian muka surat  setiap buku- buku
kau, dalam usaha menggapai seberapa
banyak 'A' yang kau mampu dalam SPM.
bagaimana pun engkau, ingat, kita sedarah.
doa aku sebagai kakak sentiasa mengiring.
semoga semangat HANG TUAH sentiasa
mengalir dalam jiwa kau.

Sunday, May 2, 2010

2.00 - 3.00 pagi

patutla time ni ramai yang mengantuk
tak bleh blah betul!
dah la tu,
COMMAN TEST plak
hadoi...

Thursday, April 22, 2010

happy 44th birthday mama! (11/4)

lama dah, 11/4, but baru nak update haha
(mesti pakndak tgh kutuk2 aku skng)
maklumlah, lama dah tak update. di kesempatan ini, sungguhpun 
lambat tetapi lancar sahaja mulut ingin menuturkan selamat
ulangtahun mama! we heart you very muchie  okay,
sungguhpun empat orang antara kami selalu bikin pusing!
tengok tuh..macamana tak pusing? haha. may god bless you mama
n thank you fer everything! jasamu setinggi gunung,
baktimu seluas lautan
dan semestinya kau, tiada galang ganti. 
we love you! <3

Saturday, March 13, 2010

abah saya

ini abah saya. beliau terbaik. beliau terhebat. 
beliau ada empat org anak . 
degil- degil semuanya. selalu buat fiil. tetapi,
walau bagaimana pun kami, kami syg abah kami.
abah kami tiada galang ganti
walaupun abah selalu berhadapan dengan 'batu-batu' besar
yg perlu dirempuh, abah sabar saja.
kerana abah tau, dengan adanya 'tangan-tangan yg
bergandingan', semua aral yang melintang
dapat diatasi. kata abah juga,
musibah itu, kifarah dosa. abah, terima kasih atas semuanya.
walau kini kesihatanmu kurang baik,
dilanda pelbagai ujian,
kami yang lima tidak pernah jauh
we <3 u abah

Tuesday, February 23, 2010

aku BUKAN yuna

 
this is my identity. cukup dengan hanya selendang. 
kerana bagiku, 
pakainya cukup mudah.
dengan hanya lilitan lalu disematkan dengan pin, 
sudah sempurna dan
cantik dipandang mata. hurm.. ya, 
aku punya banyak koleksi selendang

pelbagai warna , motif dan corak. 
aku gemar mengumpulnya. 
sama ada ke kelas di 
kolej, atau keluar bersiar-siar dan bersantai, 
selendang- selendang inilah yang ku pakai. 
tapi.............

yang aku paling tak gemar, dalam laman2 sesawang 
yang aku ikuti, ramai teman-teman yg mengatakan " 
eh, macam yuna la.." ada juga yang mengatakan "klon yuna di mana2". 
semuanya pendek kata yuna, yuna, yuna.
yang sebetulnya, aku terlebih dulu pakai dari yuna, 
sebelum yuna muncul di pentas seni lagi. 
sungguh! jadi, dari itu, tologlah... jangan samakan
kami. kerana, yuna adalah yuna, 
yang punya keistimewaannya tersendiri. 
begitu juga aku, yang mana aku punya kelebihan aku sendiri. okay!

Friday, February 12, 2010

alhamdulillah, MAMA discharged..

mama discharged tadi siang, but still dikuarantin beberapa hari
after her radioactive. praise be to god, semuanya okay