Sunday, August 26, 2012

Harapan 22 si pemuisi jalanan

aku kini pemegang angka 22 yang sudah layak memilih tampuk kerajaan.
di peringkat ini, yang berlegar di kotak fikir aku cuma..
rumahtangga.
oh tidak tidak. sekadar bercanda. bukan cuma itu.
sekadar ianya adalah salah satu daripada senarai wajib-laku-kehidupan.
salah satu penyebab aku sering dilempar 'gatal sangat dah kau ni?' adalah
kerana hentakan suasana dari kiri kanan.
masakan tidak, hampir separuh dari lingkungan teman bangku sekolah-dan-IPT
yang kini sudah, sedang, dan bakal membina masjid.
tidak kurang, ada yang sudah-atau-sedang enak mencurah kasih selaku
ibu bapa kepada permata hati si cahaya mata.
baik, aku mengerti amat bahwa aku belum cukup ilmu kematangan hidup
mahupun rumahtangga, memandangkan dengan '22' itu,
untuk memiliki tempat berteduh sendiri apalagi kenderaan juga aku belum mampu.
namun luahan lubuk hati yang kalian namakan 'gatal dah dia ni' adalah
sekadar perkongsian cerita suka-suka-antara-kita
dalam masa sama harapan-masa-hadapan aku.
di kesempatan ini, dengan senang hati ingin aku ucap selamat
untuk dua orang rakan, Linda dan Merah yang masing-masing telah
memiliki Imam. Alhamdulillah. Moga kalian berbahagia dengan barakahnya
hingga Jannah. Aamiin.


2 comments:

  1. imbas kembali - masa aku berusia 22, ah, alangkah dunia ini terasa kecil. maksud terasa kecil sebab aku berpetualang. teroka dan jelajah. usia 22 adalah tahun2 kembara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali! Tahun2 kembara berserta hujan dan pelangi :') serasa ingin sahaja angka ini tidak bertambah.

      Delete