sepuluh tahun dulu,
itu mungkin sekitar sekolah rendah, darjah tiga darjah empat.
bulan puasa dengan raya mesti sekitar bulan sebelas bulan duabelas.
syok.
sebab terus cuti sekolah.
kampung dekat.
Negeri Sembilan.
dua-dua belah atuk nenek duduk Kolumpo.
sebab tu tiap kali Raya seluruh saudara mara berkumpul rumah atuk dulu.
ya, arwah atuk :'(
...............
pagi 1 syawal semalam sangat bercahaya.
cuaca begitu gemilang
seluruh alam turut meraikan hari kemenangan umat Islam.
hati aku memang bagai bunga api.
gembira berserta sebak.
masjid penuh. penuh cahaya kemaafan. titisan-titisan air mata keinsafan
bertakung di tubir mata para jemaah.
aku lihat semua itu bersama nostalgia Raya-raya dahulu yang masih aku lipat di dalam hati.
.............
selepas rutin tradisi Raya usai semalamnya, bermaafan sesama
seluruh anggota keluarga aku,
seluruh anggota keluarga aku,
berserta klik-klik gambar memori, sorok-sorok
kira duit raya lepas dapat sampul, dan sewaktu dengannya
kira duit raya lepas dapat sampul, dan sewaktu dengannya
kami ke pusara seorang lagi 'pahlawan'
pahlawan kepada ayahanda aku,
ATUK
masih. masih cantik. masih sayu. masih terjaga. masih aman. masih.....
masih aku terkenang. rupa-rupanya inilah kekosongan
yang cuba-aku-fikir-fikirkan apakah.
kenapa perihal raya tahun ini berlainan?
kenapa tiada suara kami seluruh legasi atuk menggamatkan suasana?
bergurau usik mengusik sesama sepupu, saling memuji baju masing-masing,
saling berbisik tentang cerita-cerita rahsia-antara-remaja,
emaksedara-bapaksedara cerita-cerita nostalgia mereka, tentang semasa.
oh. cepat aku tersedar.
perihal tahun ini lain.
atuk sudah pergi.
pergi dahulu. dengan senyum.
:')
:')
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
yang dh pergi...sudahlah..yg masih hidup ni kite teruskan dengan tabah..salam aidilfitri...follow me di www.cfuad.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih fuad.. Baiklah, akan saya ikut nanti
Delete