Friday, May 18, 2012

luka di jiwa

ini jarang terjadi. bagi aku. 
...........................................................................................................
kadang-kadang, yang di ghairah-girang itu boleh jadi, bertukar situasi.
yang suka, kita.
yang sana? entah-entah untuk melampiaskan bosan cuma.
kejamnya! hati aku nafi berkali-kali. mata aku, hati aku pedih bagai dilenyek cili.
malam ke siang, siang ke malam. yang dalam fikir aku cuma
"salah aku apa? apa salah aku?"
buang masa, kan?
buang masa. memang buang masa.
diikut-ikutkan, hati mahu saja aku jerut ke kipas, dek peritnya diabai sebegini rupa.
............................................................................................................................
kau.
apa mahumu?
tahukah jalinan sahabat yang manis itu telah engkau cemar
dengan sentimen-sentimen sebegini.
sedih, tahu?
sangat.. :(
...............
Semoga Allah memberkati kamu.


seburuk mana pun kehidupan itu, ia tetap kehidupan :')

Tuesday, May 8, 2012

indah-terbalik

kadang-kadang, benda yang baik itu pada mulanya kita lemau.
malas. tak suka. mengeluh, nak buat.
tanpa sedar, Di Atas Sana sudah tentukan yang cantik-cantik untuk kita.
kerah tulang untuk kerja? biasa, memang malas.
lama-lama ditempuh, banyak benda yang tak kita jangka, berlaku.
ya, berlaku. berlaku di sini maksudnya, semua yang manis-manis gembira.
ha. baru tahu, bukan?
10 hari aku berkampung bersama team Yamani Angle Sdn.Bhd,
di PWTC mempromosi dan menjual buku-buku kami, bukan sahaja mendatangkan untung semata-mata.
untuk aku sendiri, di situlah aku terjumpa semula kawan-kawan lama,
di situlah aku terjumpa, beramah mesra dengan artis-artis cantik-handsome,
di situlah aku membantu serba-sedikit mama dan abah, menjual produk cookies kami,
di situlah aku sedar, cari ringgit bukan kerja senang,
di situlah aku puas, dapat menjual buku-buku dengan bilangan yang memberangsangkan,
di situlah, silaturrahim erat,
manisnya :)


booth sebelah, Pekan Ilmu dengan Chelseanya dan booth Yamani Angle dgn Liverpoolnya


Norjuma Habib


Diana Amir


Sheril Sheridan, rakan dari FB


Aeril Zafril (Cinta Kura-Kura)


Sir Rahimi, bekas pensyarah Kolej Unikop (UiTM)


Honey Bunny, Nurul Ain :)