Friday, January 11, 2013

Aizat.

Masih ingat lagi dahulu, sekitar 2007. Kehadirannya tidak begitu membuka mata semua. Mungkin diskriminasi. Gemuk. Kurang kacak. Normal. Banyak orang pandang hanya pada rupa. Bagaimanapun harus diakui vokalnya memang hebat. Bagi yang bijak menilai, parasnya itu ditolak ke tepi. Beberepa tahun selepas itu industri dikejutkan dengan penampilan terbarunya. Kurus! Dan muncullah 'Percubaan Pertama' yang membawa alunan-alunan Hits seperti 'Hanya Kau Yang Mampu' dan 'Lagu Kita'. Lalu dua tahun selepas  itu dengan 'Urusan Aizat Amdan' dan berjaya lagi mencuri halwa telinga dengan 'Sungai Lui'. Yang membuatkan aku cukup suka dengan pria ini adalah hasil nukilan serta karyanya yang banyak dihasilkan sendiri dan ternyata bakatnya tidak dapat disangkal. Sungai Lui misalnya, baitnya puitis, melodinya ternyata menggamit jiwa. Aizat juga membuktikan kehebatan bakatnya dengan merangkul pelbagai anugerah seperti  AJL 24 (Pergi), AIM 16 (Lagu Kita), APM (Hanya Kau Yang Mampu) dan ABPBH 2009 (Penyanyi Lelaki Popular) dan kini single terbarunya, Jerrypah.

Dan apa yang lebih membanggakan baru-baru ini, persembahannya yang menggantikan Yuna di saat-saat akhir bagi lagu Terukir di Bintang ternyata memukau. Versi lelaki bagi lagu ala klasik dan vintage itu menyuntik kelainan, selain persembahan bersahaja menyanyi dengan Mug dan klip video berlatarbelakangkan Paris yang khabarnya idea Yuna sendiri. Sorak dari penonton terutamanya wanita (termasuk aku sendiri) buat persembahan yang sungguh memikat dengan gayanya tampil bermisai dan romantis. kemuncaknya Terukir di Bintang ternyata terukir di dalam sejarah apabila keunikan lagu dan melodinya yang universal mengangkat lagu tersebut sebagai juara. Ternyata usaha Yuna mengambil Aizat sebagai penggantinya di saat-saat akhir memang berbaloi dan khabarnya Yuna sangat bangga dan berterima kasih kepada Aizat dan Aizat sendiri mengangumi Yuna hingga meminta penyanyi berbakat itu mencipta lagu untuknya.









Dan, ini yang lucu.



6 comments:

  1. xdpt tgok ri tu sbb esoknyer ada exam..:(
    nway, follow here..
    do visit http://mysaraabrahman.blogspot.com/ k..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kat youtube ada boleh tengok. okay thanks :)

      Delete
  2. bestnya tengok gambar-gambar ni. memang layak jugak lagu ni menang. sempoi je and gambar terakhir, serious lawak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar2 ini dari fanpage Aizat. Cantik kan. ya, memang sangat lawak gambar terakhir tu, dh jd impak betul! haha

      Delete
  3. hahaha,, nice entry,, tahniah aizat! ^^

    ReplyDelete