Thursday, November 11, 2010

SARAH STRAIGHT A'S! CONGRATULATIONS!

selama enam tahun titianmu di tangga ilmu
nyata membuahkan hasil, bersama titik-titik
keringat yang kau jatuhkan dalam
menempuh segala lorong-lorong jaya.
bersyukur ke hadrat ilahi atas doa dan restu
ibu dan abah, serta sokongan padu 
dari kakak-kakak dan 
abang-abang sedarah mu, juga tidak lupa
mama yang sentiasa mendoakanmu
dari kejauhan.
apa pun jua yang akan kau lalu
selepas ini sarah, ingatlah
kami semua di sini sentiasa
menjadi tulang belakangmu.
saat kau jatuh, gapai lah tangan kami.
we <3 you sarah



Thursday, November 4, 2010

meniti senja

dia moyang.  hidup bersendirian meniti usia. 
tatkala anak cucu di kejauhan, dia keseorangan
membuai rasa, mengulit rindu.
bukan tiada yang datang berkunjung,
bukan tiada yang mahu bertandang
tetapi rumah itu selalu penuh pada
fitri. pada adha. peningkatan setiap 
angka pada dirinya setiap tahun,
kadangkala membuatkan dia lupa,
waima lupa namaku.
ah, bisa saja aku juga menjadi
sedemikian rupa pabila senja 
menjengahku kelak. bagaimanapun juga,
aku tidak pernah lupa dia.

Tuesday, October 26, 2010

mampu tak?haha

ha.. macam mana? mampu tak korang? haha
kejadian ini berlaku pada hari raya yang lepas.
dengan tidak disangka-sangka, keluarga paklong sebelah
abah datang bersama kroni-kroninya dengan
menaiki van sekolah! fulamak. first time nampak.
dengar khabarnya, senang nak hangkut
semua orang. haha memang hebat!
tabik la kepada diorang cause sangat
sporting dan humble.


Saturday, October 9, 2010

1 2 3 action!


kerja baru. tak pernah buat. tapi sedikit masa lalu pernah timba ilmu.
tak kesampaian. kecewa. lama2, bangkit. bergandingan dengan
semangat. berpimpin dengan minat. tempat baru. semua baru.
pencapaian bagus.
tiba semester 3, ada drama. masuk. minat lama tak pudar lagi.
ALLAH adil. 

.....................................................................................................

z : bagus monolog awak. ayat awak bombastik
s : (senyum)
z : mesti awak suka baca novel
s : dulu saya ambik creative tech. (artistic writing)
z : waa. artistic writing. kalau macam tu awak la take over class ni
s : eh jangan la macam tu sir. saya dalam proses belajar lagi

................................................................................................................

z : untuk pementasan drama kita semua pelakon dah ada. kita kena pilih director
s : (senyap)
z : okay, fatimah la jadi director
s : (terkejut)

........................................................................................

berani itu kawan aku. pandang ke depan itu pemandu aku. 
jaya itu destinasi aku.




Tuesday, August 31, 2010

kecil.comel.geram.tembam


28/10/2010
venue : rumah paktam
activity : berbuka puasa

he is amirul hadi
paktam & maktam punya 3rd amirul :)


ha camne? baby tgh menguap pun
sempat nak snap2 lagi. hehe. so cute lah hadi

go baby go! :)

Saturday, July 3, 2010

terima kasih dari faiz haikal

terima kasih kepada semua yang prihatin
datang melawat di wad dan
menghantar sms. semoga keprihatinan 
kalian diberkati Allah.

Friday, June 4, 2010

'hang tuah' 17 (930522)

walaupun sudah telat, namun laju saja papan 
kekunci ini ku tekan mahu mengatakan 
selamat ulangtahun, muhd firdaus haris.  
bertambah lagi satu angka dalam hidup engkau,
bermakna lagi berlipat ganda usaha
yang mesti kau buat untuk meniti
puncak jaya. seiring dengan itu, teruskan menelaah
helaian-helaian muka surat  setiap buku- buku
kau, dalam usaha menggapai seberapa
banyak 'A' yang kau mampu dalam SPM.
bagaimana pun engkau, ingat, kita sedarah.
doa aku sebagai kakak sentiasa mengiring.
semoga semangat HANG TUAH sentiasa
mengalir dalam jiwa kau.