Monday, April 30, 2012

our special & latest client of Mama's Cookies. all the way from LA! :)


Mr. Michael dan rakan, sedang menikmati Chocolate Chips dari Mama's Cookies di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.
"Wow! Very nice, I like crunchy cookies! :)"
Ayat pertama Mr Michael sebaik sahaja merasai kelazatannya!
Anda bila lagi? :)



A loyal staff of A&H Rizky Ent. tersenyum dengan perkembangan produk Mama's Cookies yang memberansangkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah :)

Thursday, April 12, 2012

untuk kawan baik

... yang di fikiran aku sekarang adalah, kita.
masa kita kongsi-kongsi cerita. ketawa-ketawa. suka-suka. comel-comel.
alah.
macam semalam.
seronok bukan?
sangat. kalau dengan kamu la namanya.
tapi.
maaf.
yang kamu dapat tahu itu,
aku bukan sengaja. sungguh.
usah risau, aku sekarangnya, Alhamdulillah.
macam mana pun ia, kamu tetap yang terbaik antara sahabat.
terima kasih sayang.

Tuesday, March 20, 2012

100 hari arwah atuk pergi

(entri 13 Mac lepas)
100 hari, atuk pergi.
Tiap-tiap kali itu juga, aku datang, rasanya masih seperti dulu.
dekat. 
Allah sayang dia.

Thursday, March 1, 2012

apa?

akan ada satu waktu.
apa?
bilamana kau sentuh pipi,
hangat. cecair jernih turun laju.
nafas kau berombak-ombak.
kotak minda kau pusing-pusing, ingat-ingat
apa?
datang bulan? tidak.
putus kasih? tidak.
itu norma.
keberangkalian bayang-bayang manusia-manusia terpilih
yang jengah benak,
adalah tinggi.
ya, kau rindu mereka.
apa?
itu rindu.

Thursday, February 23, 2012

Homemade Chocolate Chips by Mama's Cookies



Chocolate Chips 
RM 23 utk satu balang
Penghantaran sekitar Gombak disediakan
0122234741 (ita)

Cubalah! Sedap & Enak :)

Monday, December 12, 2011

atuk. (4/9/1939 - 6/12/2011)

memang. sudah agak lama atuk terlantar. kondisinya turun naik.
tapi, yang satu hari itu, nafasnya tidak rata.
tangannya bengkak. mukanya memerah. sungguh, penuh garis perit pada wajah itu.

Selasa, 6/12/11
suram. muram. kelam.
mendung kelabu. seolah2 alam turut bermuram.
aku masih ingat pada wajah tenang itu.
wajah yang dulu, pernah aku jenguk pada saat dia terlantar.
wajah yang dulu, pernah aku lihat cuma pandang ke atas ke bawah.
wajah yang dulu, pernah aku tampak ada titis-titis jernih yang aku hapus.

tangan.
tangan yang beberapa ketika sebelum itu kaku.
merah. bengkak. layu.
tangan yang dulunya menyapu ubun-ubun aku kala aku sakit.
tangan yang dulu menadah ke langit mohon aku cepat sembuh.
tangan yang dulu hulur aku beberapa not berwarna merah, hijau tanda hadiah.

tiada lagi sosok tubuh yang lazim aku lihat setia di buaian membuai Hadi.
tiada lagi sosok tubuh yang lazim aku lihat duduk di sudut, menelaah kitabnya.
tiada lagi sosok tubuh yang lazim aku lihat menghirup secawan teh-mug-besar kesukaannya.
tiada lagi..
tiada lagi tangan kasar yang dapat aku kucup.
di tangan kasar itu, atuk meraup mudanya, dan menggenggam tuanya.

Langit Ke Tujuh
Pohon aku hendaknya Yang Maha Esa
merahmati atuk, menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman
amin.

Al - Fatihah

Thursday, November 10, 2011

bab ke-21

masih di sini.
termangu-mangu.
kadang-kadang.
apa aku tidak betah sendiri?
ah..
bisa..
boleh..
pasti..
semusim rindu, gelora jiwa, yang terkadang jenguk,
apa salahnya?
salah?
tidak..
benar tidak salah?
ya..
cerita aku masih lagi ditulis
bab terakhir masih jauh..
jangan kerana yang satu ini,
difikir-fikir, ditilik, tilik, ditenung-tenung,
hasilnya apa?
belum tahu.
tanda soal masih lagi di hujung
ini bab aku yang ke-21
apa pengakhirannya pada bab ke-22? 23? 24?
peran heroinnya sudah tentu aku
peran heronya?
Yang Di Atas sudah tulis,
namun suratnya masih belum dipos ke aku
saat pandangan aku lontar ke luar,
segala-gala tampak berdua-dua, berpasang-pasang.
waima kucing, ada si jantannya
aku?
masih 'janda'
'janda berhias', aku bercanda di dalam hati
tak mengapa,
pena akan terus aku heret
hingga bab seterusnya.